Navigasi ialah aplikasi peta dan panduan jalan percuma untuk Malaysia, projek komuniti oleh Techsamana. Navigasi tidak memerlukan akaun, tidak memaparkan iklan dan tidak menggunakan alat analitik atau penjejak pihak ketiga. Data trafik yang dikongsi tidak dikaitkan dengan anda dan boleh dimatikan.

Penafian: Navigasi bukan aplikasi rasmi kerajaan. Ia tidak mewakili, tidak bergabung dengan dan tidak disahkan oleh mana-mana kerajaan atau agensi kerajaan. Sebahagian maklumat dalam aplikasi diambil daripada sumber kerajaan yang disenaraikan di bawah Sumber maklumat kerajaan.

Ringkasnya

Lokasi

Navigasi meminta kebenaran lokasi (GPS) untuk menunjukkan kedudukan anda, mengira laluan dan memberi arahan semasa memandu. Anda boleh menolak atau menarik balik kebenaran ini bila-bila masa dalam tetapan telefon; aplikasi masih boleh digunakan dengan memilih titik mula pada peta. Lokasi hanya dibaca semasa aplikasi dibuka.

Di skrin kereta (Android Auto dan Apple CarPlay), lokasi telefon dibaca semasa Navigasi dibuka di skrin kereta. Semasa navigasi berjalan, lokasi terus dibaca walaupun skrin kereta menunjukkan aplikasi lain (contohnya muzik), supaya arahan belokan tidak terputus; pemberitahuan "Navigasi sedang memandu" dipaparkan sepanjang masa itu dan bacaan berhenti sebaik navigasi tamat. Bila anda tekan Mula di telefon, destinasi itu disimpan dalam telefon selama 2 jam supaya skrin kereta boleh meneruskannya; ia tidak dihantar kepada kami. Perkongsian trafik tanpa nama dari skrin kereta boleh dimatikan dalam Tetapan di skrin kereta.

Data yang dihantar kepada perkhidmatan lain

Untuk berfungsi, Navigasi menghubungi perkhidmatan berikut. Setiap satu menerima hanya data yang diperlukan:

FungsiPerkhidmatanData dihantar
PetaOpenFreeMap (jubin peta OpenStreetMap)Kawasan peta yang sedang dilihat
Laluan & arahanPelayan laluan Navigasi sendiri (Valhalla, di Cloudflare). Hanya jika pelayan itu gagal: Valhalla (openstreetmap.de), OSRM (project-osrm.org)Titik mula, hentian dan destinasi
Carian tempatStadia Maps, Photon (komoot) dan Nominatim (OpenStreetMap), semuanya melalui pelayan kami (Cloudflare); telefon anda tidak menghubungi perkhidmatan itu terusTeks carian dan kawasan anggaran (dibundarkan, bukan lokasi tepat) untuk menyusun hasil. Hasil carian disimpan sementara di pelayan kami tanpa sebarang id supaya carian sama tidak dihantar semula
Waktu solatwaktusolat.app (data JAKIM)Koordinat anggaran untuk menentukan zon waktu solat
Laporan jalanPelayan Navigasi (Cloudflare)Jenis laporan dan lokasinya, jika anda menghantar laporan
Laporan kameraPelayan Navigasi (Cloudflare)Lokasi kamera, arah perjalanan dan had laju yang anda pilih, jika anda melaporkan kamera
Laporan masalah petaPelayan Navigasi (Cloudflare); OpenStreetMap jika diluluskan pasukan kamiJenis masalah, lokasi ditanda, butiran anda, dan jika anda pilih: jejak GPS 10 minit terakhir serta titik mula dan destinasi laluan
Trafik langsungPelayan Navigasi (Cloudflare)Semasa memandu: kelajuan purata bagi petak jalan ~150 m dan arah, tanpa id. Setiap penghantaran juga dikira sebagai satu pemandu aktif dalam kawasan ~1 km (tanpa id, dipadam selepas 1 jam) supaya pasukan kami boleh memantau perkhidmatan. Purata laju biasa setiap petak disimpan 8 minggu, tanpa id. Boleh dimatikan.
Anggaran masa tibaPelayan Navigasi (Cloudflare)Selepas sampai: kawasan umum (cth. Lembah Klang), jenis hari, slot waktu, kelas jarak dan nisbah masa sebenar berbanding anggaran. Tiada lokasi, laluan atau id. Boleh dimatikan.
Laporan ralat appPelayan Navigasi (Cloudflare)Jika app mengalami ralat teknikal: mesej ralat, jenis pelayar dan versi app. Tiada lokasi, alamat IP atau pengecam pengguna. Dipadam selepas 14 hari.
Pindah tempat tersimpanPelayan Navigasi (Cloudflare)Hanya jika anda menekan Hantar ke peranti lain: Rumah, Pejabat dan tempat tersimpan, disulitkan dalam telefon dengan kod pindah yang tidak pernah dihantar kepada kami. Dipadam sebaik diterima atau selepas 10 minit.
Kualiti udara, kadar tolPelayan Navigasi (data JAS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia)Tiada data peribadi

Perkhidmatan pihak ketiga ini mempunyai dasar privasi masing-masing dan mungkin merekod alamat IP dalam log pelayan biasa.

Laporan pengguna

Laporan seperti jem, kemalangan, lubang atau banjir disimpan tanpa nama dan luput sendiri (antara 1 jam hingga 7 hari mengikut jenis). Untuk mengelak spam dan undian berulang, pelayan menggunakan id tanpa nama: cincangan sehala alamat IP bersama kunci rahsia yang bertukar setiap hari, jadi ia tidak boleh diterbalikkan atau dikaitkan merentas hari. Id ini hanya digunakan untuk had kadar dan "satu undi setiap peranti", dan dipadam sebaik tempohnya tamat (paling lama sehari). Alamat IP sebenar tidak disimpan.

Laporan kamera had laju tidak luput, kerana kamera kekal di tempatnya. Laporan berdekatan digabung menjadi satu kamera, dan ia hanya dipaparkan kepada pengguna lain selepas tiga sumber berbeza melaporkannya. Untuk mengira sumber berbeza, pelayan menyimpan cincangan sehala id tanpa nama harian di atas bersama kamera itu. Cincangan ini berbeza bagi setiap kamera dan setiap hari, jadi ia tidak boleh digunakan untuk mengaitkan laporan anda dengan kamera lain, perjalanan anda atau hari lain.

Laporan masalah peta

Bila anda melaporkan masalah peta (contohnya jalan tiada atau laluan salah), laporan disimpan di pelayan kami bersama id rawak peranti supaya anda boleh melihat statusnya; id ini tidak dikaitkan dengan nama atau akaun. Jejak GPS dan laluan hanya disertakan jika anda menandakannya. Pasukan Techsamana menyemak setiap laporan, dan laporan yang diluluskan dihantar sebagai nota awam OpenStreetMap (lokasi dan penerangan masalah, tanpa jejak GPS) supaya komuniti pemeta boleh membaikinya.

Trafik langsung dan anggaran masa tiba

Semasa navigasi dengan GPS, aplikasi menghantar kelajuan purata anda bagi setiap petak jalan kira-kira 150 m dan arah perjalanan, setiap dua minit, supaya pengguna lain nampak jalan yang sesak. Penghantaran ini tidak mengandungi id peranti, id perjalanan atau masa tepat, jadi petak-petak itu tidak boleh disambung semula menjadi laluan anda. 500 m pertama dan terakhir setiap perjalanan (biasanya rumah atau tempat kerja) tidak dihantar sama sekali. Pelayan hanya menyimpan purata kelajuan setiap petak bagi selang lima minit, dan memadamnya selepas dua jam. Supaya satu peranti tidak boleh mencipta jem palsu, setiap petak turut menyimpan token sehala yang berbeza bagi setiap petak (bukan id yang sama), jadi token itu tidak boleh digunakan untuk menyambung petak menjadi laluan; token ini juga dipadam selepas dua jam.

Kelajuan yang sama juga digabungkan menjadi laju biasa setiap petak jalan, mengikut arah, jenis jalan (lebuh raya atau jalan biasa), jenis hari (hari bekerja, Jumaat, hujung minggu) dan setengah jam. Dengan ini anggaran masa tiba sudah mengambil kira kesesakan harian sejak anda bertolak, dan tidak melonjak bila anda masuk jem yang memang biasa berlaku. Profil ini hanya menyimpan jumlah kelajuan dan bilangan lintasan bagi setiap minggu, tanpa id peranti, token atau masa tepat. Ia dipadam selepas lapan minggu dan hanya digunakan bila sekurang-kurangnya tiga lintasan direkodkan pada petak dan waktu itu.

Trafik langsung juga menggunakan kedudukan bas awam Rapid KL, MRT feeder, Rapid Penang dan BAS.MY daripada data.gov.my (lesen CC BY 4.0). Data ini datang daripada operator bas, bukan daripada pengguna Navigasi.

Supaya masa tiba lebih tepat pada waktu puncak, Navigasi belajar daripada perjalanan sebenar. Bila anda sampai ke destinasi (bukan simulasi, tanpa hentian), aplikasi menghantar satu ringkasan tanpa nama: kawasan umum seperti Lembah Klang atau Pulau Pinang, sama ada hari bekerja, Jumaat atau hujung minggu, slot waktu (cth. pagi atau petang), kelas jarak dan nisbah masa perjalanan sebenar berbanding anggaran. Koordinat, laluan, masa tepat, alamat IP dan sebarang id peranti tidak disimpan. Ringkasan digabungkan menjadi purata kawasan dan dipadam selepas enam bulan.

Enjin belajar laluan. Enjin laluan awam tidak tahu kebiasaan jalan tempatan, jadi Navigasi belajar daripada pemanduan sebenar. Selepas perjalanan dengan GPS (bukan simulasi), telefon membandingkan jalan yang anda lalui dengan laluan yang dicadangkan, dan mungkin menyimpan dua jenis pelajaran:

Pelajaran ini disimpan dalam telefon anda dan terus digunakan untuk laluan anda. Jika perkongsian dihidupkan, ia turut dihantar tanpa nama: hanya titik jalan yang dibundarkan dan bilangan saat, tanpa id peranti, id perjalanan, masa perjalanan atau alamat IP. Tiada pelajaran dibuat dalam 300 m dari titik mula atau destinasi perjalanan (biasanya rumah atau tempat kerja), dan titik tiba tidak dihantar jika destinasi ialah Rumah, Pejabat, tempat tersimpan atau pin. Pelajaran dikongsi hanya digunakan untuk pemandu lain selepas sekurang-kurangnya dua sumber berbeza melalui jalan yang sama.

Matikan semua perkongsian ini bila-bila masa di Paparan peta → Kongsi trafik tanpa nama.

Sumber maklumat kerajaan

Maklumat berikut dipaparkan dalam Navigasi dan berasal daripada sumber kerajaan. Rujuk laman asal untuk maklumat rasmi:

Anggaran tol, masa tiba dan trafik ialah anggaran sahaja dan mungkin berbeza daripada keadaan sebenar.

Konvoi dan walkie-talkie

Konvoi ialah ciri pilihan untuk beberapa kereta yang berjalan bersama. Ia hanya aktif bila anda mencipta atau menyertai konvoi dengan kod dan PIN. Semasa dalam konvoi:

Data dalam telefon anda

Destinasi terkini (termasuk yang dipilih di skrin kereta), lokasi Rumah, Pejabat dan tempat tersimpan lain, pilihan kenderaan dan tetapan peta disimpan dalam storan aplikasi pada telefon anda dan tidak dihantar kepada kami. Memadam data aplikasi atau menyahpasang Navigasi akan memadamnya.

Untuk membawa tempat tersimpan ke telefon atau tablet lain tanpa akaun, gunakan Pindah tempat tersimpan dalam Paparan peta. Tempat anda disulitkan dalam telefon (AES-GCM) dengan kunci yang diterbitkan daripada kod 8 aksara yang dipaparkan kepada anda. Pelayan kami hanya menerima data tersulit dan cincangan kod, jadi kami tidak dapat melihat kod, alamat atau nama tempat. Data itu boleh diambil sekali sahaja, kemudian dipadam serta-merta, dan dipadam juga selepas 10 minit jika tidak diambil. Anda juga boleh menyimpan tempat sebagai fail sandaran pada telefon anda sendiri; fail itu tidak dihantar kepada kami.

Kanak-kanak

Navigasi tidak ditujukan kepada kanak-kanak dan tidak mengumpul data peribadi daripada sesiapa.

Perubahan & hubungi kami

Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini. Soalan tentang privasi: salam@techsamana.my